Sumpah bosan OK. Tak tipu. Sejak aku grad bulan 1 haritu, everyday is a holiday. Dan aku rasa aku dah cakap pasal ni tersangat banyak kali. Dan aku rasa nak cakap lagi. Sebab aku masih belum puas bercakap. Dan sebab aku dah jelak ‘bercuti’.
Confirm best kalau cuti setahun macam aku ni dapat gaji. Siapa tak nak macam tu kan? Duduk melepap dekat rumah, tanpa perlu menggunakan otak ke tahap maximum, fizikal apatah lagi, tapi dibayar. Ada tak tempat di mana duduk je kat rumah tapi dapat gaji ha? haha..
Lebih menambahkan perisa kebosanan dalam episod cuti panjang aku ini adalah apabila aku sudah jemu dengan internet. Haa.. itu sudah parah kan? Aku rasa sebab kehadiran modem broadband dalam dunia teknologi masa kini. Dulu masa aku dekat UMT, aku sanggup berhabis duit untuk menghabiskan masa di Cyber Cafe yang slow macam siput tu. Ahahaha kodinya. Dahlah internet lembab, main Friendster pulak tu? keh keh keh.. Sangat historic.
Masuk UKM, excited plak sebab ada wireless. Weee! Berkenalan pulak dengan Facebook. Asalnya aku tak tahu pun apa itu Facebook. Asyik duk main Friendster. Aku sign up Facebook pun sebab Addy suruh aku komen 1 video dia buat assignment dekat Facebook. Kalau tak ada Facebook, tak boleh komen. Tup tup lepas tu, Annie add aku. Bermulalah al-kisah Facebook dalam hidup aku. Gila mereng jadinya. Addicted!
Namun..bila dah setahun aku bukak Facebook hari-hari..kawan-kawan yang dulu sesama gila berFB pun kejap ade kejap tak online. maka bosan jugak. Blog? Aku ada 4. Bolehlah nak buat duit sikit-sikit. Tapi mestilah lagi best dapat RM3K sebulan dari seRAT setiap 3 bulan kan? Memanglah duduk rumah, makan free..tak payah bayar bil..
Tapi jauh disudut hati, aku terasa gak aku menghabiskan beras mak bapak aku je.. Mesti diorang sedih jugak. AKu yang diorang bela ni belum berhasil lagi. Lambat betul aku punya masa akan tiba kan. *teringat lagu Hazami: “masamu kan tibaaa”* Mungkin Allah ada rencanakan sesuatu yang lain untuk aku..?
Ya Allah permudahkanlah urusanku.. Aku mahu juga duit sendiri. Maksudnya, duit yang membolehkan dan memampukan aku membeli sebijik kereta. Terang lagi, aku nak bergaji tetap. Hati ada sedikit sakit bila ada suar-suara berkata, “Eh, belajar tinggiiiii pun tanam anggur ke?” Pffftt. Kalau aku tau belajar tinggi pun tak dapat kerja macam ni, ingat aku nak ke penat-penat belajar? Tapi semua itu di tangan takdir. Aku apply kerja sana sini. Masih belum ada rezeki yang memihak.
Alasan yang pernah aku terima:
1) Bidang Biologi - bidang yang tidak crucial di Malaysia. Lebih-lebih lagi bidang Conservation.
2) Aku perempuan. Sudahlah lembik + asthma. Macam mana nak jadi Penyelidik yang membolehkan aku keluar masuk hutan panjat bukit semua?
3) Kelulusan melebihi permintaan. Pffftt. Takut aku mintak gaji mahal kah?
4) Tiada pengalaman kerja. Selagi aku tak diberi peluang kerja, sampai bila aku nak ada pengalaman? Sampai mati kot.?
Hati ada bercakap kat aku, “agaknya kau bukan di bidang sains”.
Bila terdetik macam tu, aku pun berfikir. Adakah aku hanya akan jadi surirumah tangga? Ish kesianlah suami aku nanti. Walaupun dia mungkin mampu, tapi untuk lebih selesa hidup bersama, lagi best kalau ada dua sumber pendapatan kan?
Entahlah.. Buat masa ni, aku berserah dan menunggu mana-mana peluang kerja dulu. Haritu dah lulus exam SPA pun, tak ada progres apa-apa pun. Tidak dipanggil temuduga pun. Apalah ertinya meluluskan aku? Tak apalah, syukur. Lagipun, aku baru konvo 3 bulan.
Mungkin aku bukan dibidang sains..
Mungkin harus kembali ke impian masa kecil?
2210 | 15/11/2010